Friday, April 1, 2011

Ubi makan umpan

Masyarakat bumi memanggil ikan ni ikan ubi, ikan gobi pun ada, ketutu pun boleh dan juga dipanggil ikan hantu dan haruan bodoh... yang ni kurang sedap dengar la... Jika dikalangan orang Cina pula memanggilnya sun hock. Banyak betul nama panggilannya, Oxyeleotris Marmoratus pula adalah nama saintifik bagi ikan ketutu. Terserah lah pada tuan puan sekelian nak pilih yang mana satu yang tuan puan suka tentang namanya dan sudah tentu ada sebab nama-nama tersebut wujud...

Ikan ketutu sangat bernilai bagi masyarakat Cina, masakan paling istimewa bagi mereka adalah ikan ketutu segar dimasak stim... Manakala harga bagi ikan ketutu hidup menjangkau RM40 - RM60 sekilogram. Jika kita menempah ikan ketutu hidup dan dimasak di restaurant harganya pula boleh mencecah RM100 ke RM200 seekor yang bersaiz besar, malahan mungkin lebih mengikut saiz...

bawah jambatan mek mas

pemandangan yang indah anugerah Allah

Bagi aku ikan ketutu sungguh unik, cara ia memakan umpan sungguh berbeza jika dibandingkan dengan spesis-spesis yang lain. Ia hanya lebih suka untuk berehat dan menunggu mangsa lalu didepan untuk menangkapnya... usahlah nak berebut, itu memang bukan perangainya... ikan ketutu mempunyai corak pada badannya yang tersendiri... corak pada badan ikan ketutu ni memang cantik dan boleh dikatakan seperti corak batik, mungkin orang seni sahaja yang boleh memahaminya, memang cantik dan terserlah coraknya...

ketutu pertama dinaikkan

corak yang agak cantik

Kali ini aku dan due turun memancing di bawah jambatan mek mas, jika disebelah malam, di atas jambatan ini dipenuhi oleh kaki pancing yang biasanya memancing siakap putih. Kali ini bukan aku tetapi due yang telah berjaya menaikkan 2 ekor ketutu satunya seberat 250g dan satu lagi hampir 500g. Kami memancing bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

due dengan ketutu keduanya

ikan gobi

Ikan ini telah dibawa pulang ke rumah dengan hasrat untuk memelihara seketika tetapi dalam satu masa telahpun memasang niat untuk menjualnya... Namun salah satunya telahpun mati. Akhirnya seekor lagi yang berat hampir 500g telah dibeli oleh peniaga kedai memancing berketurunan Cina selepas aku berjaya menawarkan ikan tersebut padanya dan selepas perundingan berlaku, maka ikan tersebut dijual dengan harga RM17.00. Jadilah dengan harga tersebut... duit tu digunakan pula untuk membeli beberapa keperluan memancing... lepas ni nak ngail lagi... :)

2 comments:

Unknown said...

Diam-diam ubi berisi,
diam-diam ikan ubi sekali dia makan....puashati

Yok said...

Umpan ape bos

Post a Comment